Assalamualaikum wbt..
Hi semua. Lama rasanya tak update blog nie, almaklumlah busy dengan kerjaya :D ahakss. Korang semua sihat? Aku tak sihat sangat, tetiba rasa tak sedap badan then nak selsema --' apekena ntah. Aku rasa rindu pula nak taip panjang panjang macam dulu. Hihi yela mana taknya. Dulu masa belum menjejakkan kaki ke dunia pekerjaan, kerja aku asyik ngadap lapp nie je. Sanggup tak makan, tak minum, tak mandi, tak tidur. Haha terukkan? Hm dulu juga sanggup sakit sakit badan asalkan dapat ngadap natang nie, taip blog panjang panjang :D ehehehe. Sekarang? Balik kerja makan, tidur, bangun kerja lagi. Huhh! Lagi lagi kerja ada shiff. Penat wehh. Tapi seronok kerja nie. Dapat kawan baru, pengalaman baru, HIDUP baru :') hahhahaha. Apa topik yang nak di ceritakan ek harini. Hm blurr lah pula bila dah bukak blog nie, tadi masa belum bukak macam macam cerita aku nak tulis --" hm okaylah. Aku mulakan dengan cerita yang tadinya aku nak cerita. Nak tanya nie, korang percaya tak dengan kewujudan "hukum karma"? Atau dikenali sebagai balasan didunia. Aku bukanlah berasal dari seorang yang alim, yang begitu mendalami soal ilmu agama ataupun seorang cendikiawan yang bijak menelaah setiap baris dalam setiap perkataan. Cuma bagi aku, "hukum karma" ni sama seperti "buat baik dibalas baik, buat jahat dibalas jahat". Kan? Korang pernah tak terfikir dengan setiap apa yang korang buat. Samada baik ataupun sebaliknya. Kadang kadang setiap yang kita buat pasti ada baik buruknya. Dan sentiasa ada tindak balasnya. Nak taknak percaya ia tetap akan terjadi walaupun ia tidak diminta serta diundang. Tak kiralah samada sengaja mahu pun tidak. Bagi aku, ianya bukan hukum tetapi sesuatu peraturan dalam sebuah kehidupan. Ya, memang susah untuk kita percaya dengan erti "karma" tapi yang susah tu lah sebenarnya kenyataan yang sukar digubah. "Hukum karma" nie tak pernah tertulis dimana mana tetapi menjadi kepercayaan ramai. Senang cerita ikot kepercayaan masing masing. Tapi yang pasti, setiap yang baik akan dibalas baik, dan yang jahat akan dibalas jahat. Dalam kehidupan nie, diri kita tak sentiasa berada di atas dan ada kalanya kita terletak ditahap yang paling bawah. Jadi, wajarkah kita untuk menilai seseorang dari luaran cuma kerana terlalu taksub dengan kepercayaan "hukum karma"? Wahai sahabat, jagalah diri sendiri. Uruslah kehidupan sendiri sehingga kita dipandang tinggi dan kemudiannya baru jaga dan urus kehidupan orang lain. "Hukum karma" tetap akan dijadikan isu cuma dengan satu kesilapan yang ada tindak balas. Jadi, janganlah terlalu taksub dengan hukuman yang tak pasti kewujudannya. Ekh? Nak berfalsafah pula malam malam macam nie XD hihi bukan nak berfalsafah atau apalah. Aku sekadar bagi pandangan, tak cakap betul tak cakap salah. Terserah pada diri masing masing :D haihh kalau ikutkan hati nie nak je teruskan aku punya falsafah nie XD cuma masa tak mengizinkan, hahahha. Esok kerja, kena tidur. Aku kan pekerja contoh xP huhuhu. Kalau ada masa, panjang umur, kita jumpa lagi k next time, cukuplah untuk first entry aku pada bulan may nie hihi. Akhir kata, samada ia soal "hukum karma" ataupun tidak, bagi aku kehidupan dimuka bumi Allah ini tetap ada peraturan. Bak kata pepatah "buat baik berpada pada, buat jahat jangan sesekali" rasanya ini yang terbaik.
