Penat



aku? aku manusia biasa. yg sering melakukan kesilapan. tak pernah terlepas walau sekali. aku? aku hanya insan biasa yg banyak kekurangan. tak cantik, tak pandai, tak baik, all about me have a "tak". aku? aku hanya seorang perempuan biasa yg tak pernah tahu apa erti "Persahabatan" yg tak pernah tahu hargai erti "Percintaan" yg tak pernah tahu segala-gala yg bermakna dalam hidup aku. apa yg aku tahu? aku tak pandai nak jaga hati orang, aku tak pandai nak jaga perasaan orang. aku jahat, aku kasar, aku tak baik, aku cakap lepas, segala keburukan semua terletak pada aku. semua kejahatan terdapat dalam diri aku. tak boleh dipisah. kau? kaulah manusia yg paling baik yg aku pernah jumpa. kau? kaulah insan yg tak pernah kenal erti kesilapan. kau? kaulah hamba Allah yg sebaik baik manusia. semua yg baik ada pada kau. kau lemah lembuh, kau hormat orang, kau pandai jaga hati & perasaan orang, kau bagaikan kain putih yg tak pernah kotor. kaulah sebaik-baik umat. kau..... kau terlalu sempurna. aku tahu, aku kasar, jahat sampaikan semua orang tak suka aku. sampaikan apa yang orang lain cakap tentang aku (keburukan) dengan senangnya orang lain mempercayai. orang lain pun turut mencerna aku. ya Allah celakanya aku bagi mereka, hanya kerana sifat aku yang kasar. sedangkan orang yang lemah lembut, buat jahat pun dianggap baik. Allah putihnya mata manusia zaman sekarang. aku tak kisah apa pun cerita yang orang nak sampaikan, yg orang nak ceritakan. samada betul ataupun tak. sebab Allah tu Maha Adil. Allah Maha Mengetahui. biar dia yang balas semuanya. mulut orang kita tak boleh nak tutup. tak boleh nak control. tak boleh nak cover. semua keburukan kita kalau boleh nak dicanang, nak diheboh. sedangkan keburukan dia kalau boleh nak disembunyi, nak disorok. baik buruk orang tu, aku tak pernah mencanang. aku tak pernah buka aib orang, macam mana orang buka aib aku. tapi aku yakin dan pasti, bahawa satu hari nanti kalau aku tak buka aib dia, orang lain yang akan buka aib dia. lagi teruk daripada apa yg dia buat kat aku. aku berdoa pada Allah, supaya apa yg dia buat, apa yg dia cakapkan tu akan berbalik pada diri dia suatu hari nanti. aku bukan nak balas dendam, tapi aku nak dia rasa apa yang aku rasa. aku nak dia tahu macam mana sakitnya. aku nak dia tahu macam mana malunya. aku nak dia tahu macam mana pedihnya. aku penat. aku buat itu ini, semua salah dimata orang. aku bawak diri, dicerita. aku bergaul, dicanang. nak macam mana lagi? ya Allah. aku tahu ada hikmah disebalik apa yang terjadi. maka, aku mohon padaMu tabahkanlah hati aku untuk terima segala ujian & dugaan dariMu ya Allah. semoga aku dapat jadi hambaMu yg senantiasa mengingatiMu. aamiin. semoga esok lebih baik dari hari yg sebelumnya. "Lebih baik ada musuh, yang terang-terang benci kita. Daripada ada kawan, yang pura-pura menyukai kita" assalamualaikum.