Assalamualaikum wbt.
Bermula hari ini, aku sudah mulai sedar bahawa pemergian kau akan digantikan dengan seseorang yang jauh lebih baik. Ampun dan maaf, dirimu sangat baik, bahkan lebih baik dari orang orang yang aku pernah kenal sebelum nie. Cara kau melayan aku, walaupun kita jarang berhubung. Akan tetapi, hari ini aku juga sedar yang selama ini aku menangis, bukan kerana aku memerlukan mu, bukan kerana aku mahu kembali pada mu, juga bukan kerana aku merindui mu tetapi aku bersyukur yang amat sangat terhadap Ilahi kerana akhirnya, aku menyedari aku terpaksa belajar melupakan kau pergi buat selama lamanya dengan rela hati. Aku akhirnya, dapat terima perpisahan kita dan benar benar percaya bahawa aku boleh dan mampu hidup tanpu mu disisi. Walhal, engkau yang pernah aku harapkan untuk menjadi yang terakhir dalam hidupku. Akhirnya juga, aku dapat terima tragedi cinta kita yang akhirnya terkandas ditengah jalan. Walaupun perkenalan kita tak berapa lama, namun cinta dan sayang yang pernah hadir sukar dibuang begiti saja. Andai kata kau memang jodohku, jauh manapun perpisahan kita, kita pasti akan bersatu dengan izin-Nya :') akhir sekali, aku tetap rela dengan apa yang terjadi hari ini. Assalamualaikum dan selamat tinggal.
