Memories

Again. Dah setahun berlalu tapi sukar untuk aku lupakan :') Terlalu payah untuk aku hadapi semua yang aku alami. Sulit juga untuk aku luahkan. Apa yang aku harapkan sudah musnah. Memang salah aku tapi aku redha dgan apa yang terjadi. Kalau jodoh tak kemana kan? Tapi nie dah terang terang bukan jodoh aku. Mungkin ada hikmah disebalik apa yang terjadi :') Mungkin juga kau akan jumpa dan dapat yang lebih baik dari aku :') Dulu masa first time kau usha aku, haram aku nak layan :') Kau cuba amik hati aku, kau layan aku baik. Tapi aku cuma anggap kau abg. Tak lebih pun, sebab aku tak pernah terfikir yang aku nak bercinta. Tapi perasaan kau tak sama macm aku. Kan? Tapi sebenarnya perasaan aku lebih dari perasaan kau. Tinggi harapan kau untuk bersama aku, tinggi lagi harapan aku untuk memiliki kau. Cuma aku jual mahal :') Kata orang tua tua kalau jual mahal lagi ramai yang datang :') Bila aku dgar luahan hati kau, aku jadi cair. Kau ckap dah lama kau single, kau perlukan teman untuk berkongi hati, cerita dan segalanya, kau juga ckap yang kau akan sentiasa menemani aku tak kira susah ataupun senang. Lama juga kita berkawan akhirnya kau aku terima :') Indahnya dunia, bahagianya jiwa. Aku lah orang yang paling bangga sebab dikurniakan lelaki macm kau. Kau lah abg, kau lah kawan, kau lah kekasih. Segalanya aku luahkan setelah kau aku miliki. Tepat o1 Jan tarikh perhubungan kita terjalin :') Ya Allah, bahagianya hamba mu ini. Tapi apa yang aku banggakan, apa yang aku agungkan hanyalah seketika. Terhenti segalanya kegembiraan, kebahagiaan dan segala galanya! Ya Allah ini ke yang kau kata dugaan? Hanya Tuhan yang tahu betapa kecewanya aku setelah kau pergi jauh dari hidup ini. Kosong! Seumpama aku tidak ada apa apa lagi kalau aku hidup. Kegelapan semata yang aku tempuh. Ya Allah teramat siksa hidup aku seketika, hancur hati nie hanya aku sahaja yang dapat rasakan. Pemergian kau membuatkan aku jadi dewasa :') Kata orang pengalaman mendewasakan kita. Kenangan bersama kau adalah pengalaman terindah aku. Tapi sekarang aku dah dapat terima kenyataan yang kau dah takde lagi dalam kehidupan aku ;'( Sedih hati nie tak dapat dinafikan. Kata orang patah tumbuh hilang berganti. Sedih memang sedih tapi aku tahu dan aku ingat jodoh pertemuan di tangan Tuhan :') Semoga kau bahagia dialam sana. Walaupun aku rasa macam semalam jeh semua nie terjadi, aku cuba kuatkan diri untuk teruskan segalanya. InsyaAllah.