Salamm. Kemunculan luahan aku di blog nie bukanlah nak menagih simpati dekat korang atau sebagainya, cuma aku nak luahkan apa yang terpendam dalam hati nie. Tak tertanggung rasanya bila aku simpan, simpan dan terus simpan. Ia terlalu berat untuk aku. Ya Allah, kenapa aku diuji dan terus diuji, aku tak kuat dengan pelbagai ujian yang Kau takdirkan. Aku bukan nak menghindar dari ujian Kau tapi aku tak mampu untuk tempuh semua tuh. Lepas satu, satu ujian yang kau bagi. Kenapa ada jeh orang yang nak mempertikaikan aku? Kenapa? Padahal dia kawan aku, kawan baik aku! Apa salah aku sampai kau nak mempertikaikan aku? Awak, saya tak pernah ada niat nak buat awak sedih, marah, geram terhadap saya. Kalau ada pun untuk apa awak? Untuk apa saya buat tuh semua? Ya, saya mengaku. Saya lah orang yang selalu layan awak dulu, saya jugalah orang yang selalu teman awak, kongsi masalah dengan awak, suka duka saya selalu saya cerita dekat awak. Saya juga mengaku awak pernah ada dalam hati saya. Tapi sebagai kawan cuma K.A.W.A.N ! Saya mengaku saya nie takde lah baik sangat, saya memang kejam! Saya akui saya sangatlah tidak sempurna, saya banyak kekurangan. Menjalani kehidupan yang sebegini memang bukanlah sangat mudah. Awak tak tahu kan kenapa saya buat semua tuh? Sebab apa saya kurang layan awak? Tak kan? Saya menyimpan seribu satu rahsia dalam hati nie. Ada awak tahu? Ada awak cuba untuk amik tahu? Memang tak dinafikan silap saya sebab tiba tiba stop msgg dengan awak macam tuh. Mungkin apa yang saya buat tuh menyebabkan awak terlalu sedih, saya memohon ampun dan maaf. Memang khilaf saya! Tadi kita duduk sama samakan? Saya sedih sangat bila awak luahkan apa yang terpendam dekat hati awak. Awak kata awak geram dekat saya. Jahat sangat ke saya pada awak? Saya rasa yang saya sangat kejam pada awak bila awak luahkan semuanya. Tapi bukan niat saya nak buat awak macam tuh, percayalah. Sebenarnya saya rindu nak macam dulu dengan awak, kita rapat sangat kan dulu? Tapi sekarang awak dah ada kawan baru kan? Bohonglah kalau saya tak cemburu, tuh semua memanglah tak boleh nak dinafikan. Tapi takpe, hak awak nak berkawan dengan siapa pun. Bila saya fikir balik siapa saya nak halang, marah or cemburu bila awak nak berkawan sedangkan kita takde pape hubungan punn :') Awak cuma satu saya nak, tolonglah maafkan apa yang saya buat dekat awak selama nie. Saya tahu memang saya yang salah. Saya juga harap awak akan cakap apa yang awak nak sebenarnya dari saya bila awak baca blog saya nie. Minta maaf juga kalau saya tulis dekat blog nie membuatkan awak kecil hati or apa apa lah. Niat saya cuma nak awak tahu yang saya betul betul nak minta maaf dengan awak atas kesilapan yang saya lakukan. Saya tak berani nak berhadapan dengan awak secara bersemuka. Saya berasa malu dengan apa yang saya buat dekat awak. Tinggi harapan saya yang awak akan okay dengan saya bila awak baca blog nie :') Mudah mudahan kita dapat rapat macam dulu lagi.

Saya cuba menghargai setiap apa yang ada didepan mata saya.
Sincerely,
Suha .