New Life


"assalamualaikum semua. whoaa lamanya tak jenguk laman sesawang yang satu nie. kesian dia terpinggir xx hehe. maaf ler, semenjak dah bergelar siswi nie jaranglah nak bukak laman sosial. bukan sebab takde masa, bukan sebab banyak assessment, tapi line yang tak banyak. hahaha! line suku gila babe kat sini, lagi lagi line internet. pehh sakai habis, line dia tak macam ciput pulakkan. kekadang rasa macam nak meradang je dengan line kat sini. sampai dah tengah malam pun sanggup nak turun cafe semata nak cari line internet punya pasal. haha! dengar macam lawak kan? tapi itulah apa yang aku lakukan. kenyataan babe, tak tipu tauu haaa." haha hi korang, tu sedikit sebanyak perubahan aku semenjak dah berhijrah nie. nak tahu aku berhijrah kemana? aku berhijrah ke mukah. haha. mukah? k mukah tu adalah satu tempat yang hulu. macam dalam malaysia nie mukah kita dekat sarawak kan? haa macam tulah jugak aku. tapi aku nie kat selangor, mukahnya dekat sabak bernam. haaa, macam tu lah tadi rutin harian aku kat sini, lepas habis class je rest kat bilik sekajap, mandi mandi and turun ke cafe. sampai lah cafe tutup semata mata untuk LINE 3G!! ya Allah, susah yang teramat nak cari line kat sini. sometimes line maxis biasa pun tak boleh nak guna. aku tak tahu lah nak buek lagu mana lagi. haih sedih weh duduk sini. hahaha takde lah seteruk macam tu, KADANG KADANG jela takde line. actually, dah masuk dua minggu aku kat sini. kat mana? haa aku nie pelajar Politeknik Sultan Idris Shah (psis) sabak bernam. pejam celik pejam celik, sekejap je kan dah masuk dua minggu. haha. memula masa dapat tawaran dekat sini, aku excited gitu. bak kata mak aku, macam tak cukup tanah nak lari. hahahaha! bila dah nak pergi aku rasa dedo gilaa. macam macam terfikir, kawan kawan, tempat belajar, cara belajar, lecturer nya. haih macam macam yang tak baik bermain difikiran aku. risau gila kot. so bila dah sampai, satu kawan pun takde. bawak diri je sensorang. then bila dah dapat bilik, dah dapat kawan sebilik tu pun okay lah. lagi lagi budak bilik pun orang pasir gudang jugak. hahahaa! seghonok lah kau. hahahaha! bangga weh ada kawan sekampung xD lepastu dah kemas kemas barang aku dapat excuse dua hari pergi Kolej Komuniti Kuala Langat (kkkl) amik sijil sebab menang top5 dalam PKKK 2013. wakil pasir gudang lagi tau. haha! alhamdulillah, tu semua rezeki Allah bagi. aku bersyukur. then, dah amik sijil semua tu, aku dihantar kembali dekat psis. ya Allah masa nak melangkah masuk ke psis nie, risau gila weh. dah lah aku sensorang, mmg tak tahulah hala tuju nak kemana. sampailah aku jumpa abg fasi, alif nama dia. dia cakap duduk je kat bilik sampai maghrib nanti baru bagi tahu en. Fahmee yang aku dah sampai poli. pastu dia siap ajar aku tipu lagi. hahaha! kesengalan lah... pastu malam tu pun aku turun ikot roomate aku. start malam tu lah aku dapat kawan. nasib baik dorang okay. pastu bila dah dikumpulkan dalam fakulti masing masing lagi ramailah kawan yang aku dapat. even memula dorang semua muka kerek kerek xx hahaha! walhal dah kenal okay je pun. so nampak sangat jangan cakap orang macam macam kalau tak kenal. kan?? hehe! minggu pertama okay lagi belajar, naik minggu kedua fakulti aku diadakan perjumpaan DNS 1A & 1B. dikumpulkan dekat PS2. memula ingatkan kenapa, ada yang buat hal ke apa, rupanya fakulti aku terlalu ramai dan diberi peluang tukar fakulti atau tukar poli. dalam otak aku dah set nak tukar poli. hahaha gelojoh kan? haha. then, dah habis perjumpaan tu kita orang dibenarkan balik. keluar je dari PS2 tu aku terus call mak, perkara wajib. haha! yela aku nak minta pendapatkan. mak aku cakap lagi better kalau dekat. so aku pun terus amik borang nak mohon pertukaran. bila dah amik borang, dah isi. tetiba hati aku macam berbelah bagi. yela kat sini aku dah mula selesa. dengan kamsisnya, dengan classmatenya. semua aku dah okay, tup tup aku nak mohon pertukaran. hm aku dah mula selesa dengan ******. lepasni takde lagilah orang nak tarik kerusi duduk sebelah aku, takde lagi lah aku nak dengar orang cakap "hmm?", takde lagi aku nak jumpa orag yang suka senyum, takde lagi aku nak jumpa orang yang pemalu macam tu, takde lagi orang yang nak cerita apa apa dekat aku. and lepasni takde lagi kau dengan aku :( hmm ye aku sedih. tapi bila difikir fikirkan balik, mak!! mak lagi penting. malang tak berbau, so apa apa biarlah aku dekat dengan family, apa apahal senang sikit nak berurusan. tempat kita boleh belajar nak selesa, kawan kita boleh cari even takkan ada yang sama. tapi keluarga? takkan ada keselesaan dan persamaan bila kita dah takde sesiapa, i mean family kita cuma satu je, banyak mana pun family yang akan ada nanti, takkan pernah sama dengan family kita yang sebenar. trust me. so lagi better aku buat pertukaran nie. kalau ada jodoh tak kemana hehe maksud aku jodoh dalam persahabatan :) manalah tahu sambung degree nanti kita dapat tempat yang samakan. haa aamiin. mudahan dapatlah sama. eh, sedar tak sedar panjang jugak aku menaip natang nie. haha! dah syok sangat kan, apa yang aku merepek nie pun aku tak tahu. hahaha! dah lah, kita stop disini, hehe. aku nak kemas bilik yang macam tongkang pecah nie haa xx hehehe! ada masa, panjang umur aku update lagi. tapi kalau takde, nie lah utusan terakhir aku hehe. byebye assalamualaikum.


inilah classmate yang pemalu teramat tu. susah nak dengar dia cakap, tapi kalau tanya dia jawablah. nama dia nazrin. lepasni jaga diri weh okay? jangan malu sangat jadi orang. banyak kan bercakap sikit. hihi


nie nama dia izzaty basyirah. budak nie kerek sikit hekhek takde lah. dia nie baik je orang nya. tak suka bergaduh, tapi suka bawak diri. tapi dia okay. jangan nakal nakal eh dah sensorang nanti xP hihi

nie je gambar yang dapat aku masukkan. nie gambar masa aku dekat psis dengan classmate. line tak berapa nak okay lah nak masukkan gambar yang lelain tu. ada masa nanti aku update lagi eh? aku nak kemas bilik, turun cafe lunch. klah bye semua. tc guys :*