Indah jika dihargai

Hi people. Harini aku nak lepaskan semua. Aku taknak fikir lagi dah. Buat apa aku je yang menanti, sedangkan semua nie tak pasti. Aku tak tahulah kenapa dengan aku nie. Kenapa mesti dan terlalu setia bila kenal dia. Em kenapa balik balik aku je yang dapat semua nie? Aku ke yang terlalu over dalam setiap perhubungan? Aku cuma nak jadi yang terbaik, tapi peluang untuk aku bukti kan tu dah takde :) bukan aku nak mainkan perasaan dia atau buat dia rasa syok sendiri. Tak! Sumpah, aku cuma nak dia buktikan dekat aku yang dia bebetul macam apa yang dia cakap kan tu, ternyata aku tersilap langkah. Tindakan yang aku buat tu makin merenggangkan hubungan nie. Apakan daya, ini pun apa yang dia inginkan. Kalau dia taknak semua nie, kenapa mesti dia nak kurangkan berhubung? Ya Allah, ini semua ujian atau takdir. Andai ini takdir aku, Kau kuatkanlah aku, tabahkan hati aku untuk terima semua nie dengan pintu hati yang terbuka. Semoga ada yang lebih baik daripada semua nie. Kalaulah dia tahu betapa aku sangat merindui dia, alangkah bahagianya hati nie. Aku tak mengharapkan yang dia akan bagi kesenangan, apa yang aku harapkan agar dia dapat teman, jaga, sayang aku sepenuh hati dia. Tapi, semua tu hanya manis mulut berbicara. Awalnya aku sangkakan dialah yang terakhir dalam hidup aku, tapi sangkaan aku salah. Aku tak rela dia buat aku macam nie, tapi demi kebahagiaan dia, masa depan dia, aku cuba untuk merelakan apa yang aku tak rela. Bohonglah kalau tak kecewa, tak terluka. Apa yang penting, aku masih perlukan dia. Cukuplah dia terima aku macam dulu. Itu sudah membuatkan aku bahagia. Apa yang aku nak cuma kasih dan sayang dia. Tak pernah terlintas nak ada yang lain setelah aku kenal dia, tapi kalau macam nie caranya lebih baik cari yang lain daripada setia. Aku belajar setia sebab aku tahu sakitnya apabila dicurangi, dan yang pasti dia tak pernah hargai! Aku sayang dia, rindu nak msgg dia macam selalu tapi itu cuma aku je yang inginkan. Aku penat pertahankan hubungan nie, sedangkan dia tak pernah cuba untuk perbaiki seperti sediakala. Bukan aku dah putus asa, tapi dia yang tak pernah hargai. Kasih dan sayang yang dia pernah bagi, aku tak pernah lupa. Aku hargai walaupun ia seketika. Biarlah aku pergi dengan membawa cinta yang pernah bertandang walaupun untuk semetara. Untuk Si Dia, kenapa hadir kalau akhirnya kau akan pergi meninggalkan aku. Kenapa bagi harapan yang tinggi kalau aku nie hanya untuk seketika buat kau. Kenapa awal perkenalan kita kau janji untuk teman aku, tapi akhirnya kau mungkiri semua janji janji tu. Kenapa? Untuk pengetahuan kau, aku tak pernah ada yang lain lepas kenal kau. Aku dah anggap kau lebih dari seorang kawan, sebab cara kau layan aku tak macam yang lain. Walaupun kita jauh, aku tetap ingat kau. Mungkin, kau dah ada yang lagi baik, yang boleh jaga kau, buat kau bahagia. Kalau betul aku doakan, semoga berkekalan. Kalau tak, aku doakan kau akan dapat macam yang kau inginkan. Kalau betul kau dah taknak ada apa apa dengan aku, tolonglah bg aku satu msgg yang mengatakan kau dah taknak teruskan hubungan nie. Tolonglah, jangan biarkan aku terus macam nie. Lagi satu, jangan datang balik kalau aku sudah mula melupakan kau. Sebab ini yang kau inginkan. Sekali kau melangkah, teruskan langkah kau dengan harapan yang kau akan dapat apa yang kau. Jangan sesekali pandang belakang, biarkan aku menangis sepuas hati. Kerana disuatu saat nanti, aku pasti akan rela dengan pemergian kau. Yang penting jaga diri, berubahlah demi masa depan kau. Sayang kau tak pernah padam dalam diri ini :) aku akan simpan janji janji kau nie. Aku mengalah untuk kebahagiaan kau. Dan yang pasti, aku akan bahagia jikan apa yang aku lakukan semua nie dihargai. Salam yang terakhir dari seorang sahabat, Salam :)