Cinta dan Airmata...

Assalamualaikum dan Salam Jumaat buat semua. Dah macam "mc" lah fulak xD hekhek. Takde lah tujuan aku update nie aku nak cakap yang aku selamat sampai ke rumah ku syurga ku :D arghhh selesa gilaaaa dapat tidur kat rumah sendiri, tilam sendiri, bantal usyukk sendiri xD haha! Yang paling best  dapat jumpa mak tersayang and bff tersayang :) ya Allah, tahu tak betapa aku sangat, sangat, sangat rindukan korang. Nampak je macam takde pape kan? Haaa tapi kenyataannya aku rindu doh. Dah tak tercakap rindu tu. HAHA macam over sangat pulak kan? Emm apapun, Resort Beach Besut memang terbaik, makan and tempat tinggal yang diberi cukup berbaloi. Cehh gitu eh! Hahaha apa siakk. Haihh seronok gila dapat pi sanaa, bermacam macam loghat aku jumpa naa. Pulau pinang, Kelantan, Terengganu, Perak, Kedah, macam macam lagi ah. Semua ada, macam astro xD hehe. Bermacam macam jugak ilmu baru yang aku dapat dari sana, cara nak berkawan, cara nak bercinta..... Program nie khas utk remaja yang tengah hangat bercinta, seronok pergi sana, asyik nama aku je kena ke depan. Kena baca teks depan dorang, kena bertentang mata dengan lect Kelantan, haaaa bukan senang tau. Hahaha nie lah kenangan yang aku tak boleh lupa :) masa mula mula pergi depan tu malu gilaaa, dengan kaki menggigil, dah lah ramai gila orang termasuk fesi lagi. Apakyeee mayuu syakkkk xD sampai je depan Abg Airul tu tanya nama, aku cakap "Nurul Nasuha", pastu sesuka dia je panggil aku "Syu". OMG??? -,- masa dia panggil tu aku rasa macam nak termuntah, haha! Geli mak nyahhhhh~ takyah ah nak "Syu" sangat. K stop, lepastu dia cakap "okay Syu, sy nak you tenung mata En. Nik nie". Aku cakap dalam hati "What the hell yeahhhhhh? Asal lah kena tenung bgai, nasib baik handsome" then dia tanya "boleh tak?" aku pun cakap "boleh" (dengan perasaan yang terlalu bengang xx hewwww~) Abg Airul cakap lagi "okay kiraan 1, 2, 3 awk terus mula k?" aku pun bersedia, dia pun mulakan kiraan. Tengah tenung, tenung, tenung, tetiba keluar lagu "dari mata turun ke hati" ya Allah, memang besar gelak aku depan semua orang. Hahahaha!! Malu gila siak, lect tu pun macam orang gatal. Dengan mata dia yang ala ala penggoda bersiri. HAHA :D ramai gila yang amik gambar, serious malu tahap dewa. Lepas je ceramah tu, ada break untuk makan tengahari, then semua ejek aku dengan lect tu. Ada yang cakap "habis lah lepas nie tergoda....." mak choi.... tak terfikir syak -,- tapi serious seronok gila. Madah nama aku je naik pergi depan, apa pun bestlah. Seronok gila gila! Hehe. Malam tu aku ada ceramah "Perisai Buat Wanita" (PBW) emm nak tahu tak? Dari ceramah nie jugaklah aku dapat satu pengajaran, bahawa cinta itu tak perlu dicari, TAK PERLU. Bukan tak perlu untuk hidup, perlu lah bila untuk berumah tangga. Tapi bukan untuk teman luahan kasih or what! Tapi biasalah perempuan kan, orang ada bf, dia pun nak ada bf. Ye dak? Haaa itu tak dinafikan lah. Aku mengaku TERkadang, aku pun ada perasaan macam tu jugak. Entahlah, tak tahu kenapa desprate sangat :) hehe. Dan mulai harini ini, aku tak cakap yang aku TAKNAK bercinta, cuma aku nak cakap yang berkawan tu lebih perlu. Alhamdulillah, aku dapat semua jawapan yang aku cari cari selama nie. Aku bersyukur sangat sangat sebab aku terpilih dapat pergi program nie. Terima kasih yang tak terhingga. Abg Airul tu pun ada cakap, "jadikan impian kita itu suatu kenyataan. Mak kita cuma nak segulung Ijazah, bukan seorang anak tanpa ikatan yang sah" sangat mendalam :) insha Allah Abg. Sekarang nie sebenarnya ikut pangkal hati jugak. Yela lagi lagi lepas nie aku dah jauh dengan mak, duduk hostel... Ya Allah, permudahkanlah segalanya. Program "Cinta & Airmata" bermaksud, bermula dengan cinta, dan berakhirnya dengan airmata. Inilah yang dilalui oleh kebanyakkan remaja walau tak semua. Di sebabkan cinta, musnah masa depan, hidup dan sebagainya kerana tersalah menilai cinta. Yela, lelaki sekarang nie susah nak cari yang betul betul ikhlas, manis mulut berbicara. Ada yang sampai dah terlanjur. Akhir kata "Kalau nak cari pasangan, carilah pasangan yang mencintai penciptanya dahulu. Kelak dia akan mencintai kita sebagai mana dia mencintai penciptanya sepenuh hati" Insha Allah! Program Cinta & Airmata 2013 awesome. Thanks Baba, thanks En. Nizat, Thanks Abg ShafiqAH xD haha sy takkan lupakan kenangan terindah bersama korang selama 5 hari 4 malam :) and last one "Tiada airmata yang dapat menenangkan jiwa kecuali airmata taubat". Aku pun manusia biasa, mohon maaf kalau aku pun ada buat silap. Bubbyee