FAKE SMILING? im a professional at that
Sendiri :')
harini hari yang sangat sangat menyedihkan bagi aku, aku tak larat sebenarnya nak update blog nie. tapi aku kuatkan diri, kuatkan semangat aku! aku cuba dan cuba! harini merupakan hari yang taknak aku lalui, kalau boleh aku nak hindar daripada lalui harini. apakan daya aku tak mampu nak tolak semuanya. setelah sekian lama aku menyendiri, akhirnya aku dapat menukar kesendirian aku tuh menjadi lain. aku memiliki orang yang tak pernah sangka untuk aku miliki. pada mulanya memang aku taknak terima dia, aku cakap dekat semua orang yang aku tak pernah ada pape hubungan dengan dia sehinggalah suatu hari aku cair dengan hati dia. hati yang betul betul ikhlas terima aku apa adanya. yaa! memang dia takde rupa, tak berduit tapi dia berbudi bahasa sehingga family aku pun suka dengan dia. family aku pun dah anggap dia sebahagian daripada keluarga kita. ke mana je family aku pergi mesti ada dia. aku dah mula sayang dekat dia, dah mula terima dia dalam hidup aku sampai aku nafikan dekat semua orang yang dia bukan kepunyaan aku. hinggalah kita menjalinkan hubungan kira kira dua bulan lebih. dan harini genap 2 bulan 6 hari aku menjalinkan hubungan dengan dia, dalam masa yang sama juga aku kembali memegang status single atas sebab sebab tertentu. ya allah aku rasa macam baru semalam aku kenal dengan dia, rapat dengan dia dan harini aku terpaksa tinggalkan dia. cuma sebab benda kecik jee aku terpaksa buang semua yang aku lalui bersama dia selama 2 bulan 6 hari, memang susah dan sangat susah. selama nie aku selalu berdoa supaya hubungan aku dengan dia kekal selamanya. tapi........? ya allah ini dugaan apa lagi. aku tahu manusia tak henti henti terima dugaan dan cabaran tapi kali nie aku tak sanggup nak terima semua nie. aku tak mampu. aku tak sangka gurauan yang aku acukan pada dia dan harini jadi kenyataan yang aku lalui bersama dia. semalam baru aku jumpa dia, baru lepas keluar dengan dia dan semalam jugalah aku terpaksa buat semua keputusan yang menyakitkan hati. aku buat semua nie untuk kebaikkan aku, family aku, dia and family dia! tapi aku tak mampu! aku tak mampu nak berdepan dengan semua nie. dia yang aku harapkan jadi terakhir dalam hidup aku tapi semuanya hancur cuma dengan sebab bodoh :'( aku tak sangka sangat sangat kalau dia kawan dengan aku akan memalukan orang lain. aku tak tahu hamba allah yang mana bagi tahu semua tu. dan aku doakan hamba allah tu takkan tenang buat selamanya. kenapa orang yang aku sayang selalu pergi dari hidup aku! kenapa! aku tak pernah kacau hidup orang tapi kenapa orang kacau hidup aku! kebahagiaan aku! ada je halangan bila aku nak berkawan, dulu aku sayang mak aku tak suka, sekarang aku sayang mak aku suka orang lain pula tak suka. kenapa banyak sangat dugaan dan cabaran aku. kenapa orang dengki sangat dengan aku! malam nie, penat aku keluarkan airmata, aku keluarkan untuk benda bodoh nie! hari hari aku yang ceria bertukar menjadi duka! banyak sangat kenangan yang aku lalui dengan dia. tadi aku cakap aku nak dia faham aku, aku minta dia bg aku masa untuk terima semua nie. dia cakap dia takkan tinggalkan aku, takkan lepaskan aku dekat tangan orang lain. TAPI orang lain akan berusaha untuk terus pisahkan aku dengan dia. takpe lah, macam mana sekali pun hubungan aku denga dia, aku redha. aku tahu tuhan itu maha adil, maha segalanya. aku juga tahu ada hikmah disebalik apa yang terjadi. mesti ada yang lebih baik untuk aku even aku tahu HA nie sangat baik :) aku cuba terima semua nie kalau semua nie akan puaskan hati semua orang :) DUNIA, harini aku tahu bahawa sayang itu tidak bermaksud memiliki. aku pasti jika yang baik pergi, yang lebih baik akan datang dengan sendirinya. mak aku pun macam sedih je masa aku cerita apa yang terjadi, yela dia dah anggap HA macam anak dia sendiri tapi ini yang terjadi :) takpe lah mak kalau nie yang orang lain nak. aku ingat CINTA yang kejam, rupa rupanya manusia yang kejam. sebab tak reti hargai cinta orang lain. baru aku tahu, macam nie rupanya hubungan aku dengan dia berakhir :) dulu aku putuskan orang sebab aku takut dipermainkan, now aku putuskan orang sebab aku terpaksa. dunia nie sangat adil. aku akan cuba faham untuk terima semua nie. and aku tahu tak semua sayang boleh dimiliki dan dicintai. UNTUK ORANG YANG CUBA PISAHKAN AKU DENGAN HA : AKU TAHU KAU SEDANG GEMBIRA BESAR TAPI PERCAYALAH KEGEMBIRAAN YANG KAU ALAMI ATAS PENDERITAAN ORANG LAIN HANYA SEKETIKA SAHAJA DAN KAU AKAN DAPAT PENDERITAAN YANG LEBIH TERUK DARIPADA YANG AKU ALAMI :) MUNGKIN AKU TAK TAHU SIAPA KAU, TAPI TUHAN ITU MAHA MENGETAHUI. ini adalah salah satu mimpi ngeri yang susah untuk ku lupakan. janganlah terlalu dengki dengan orang lain. dunia akhirat itu sangat sangat adil. lepasni takde lagilah dia datang rumah aku, ikut aku keluar dengan family aku, buat aku tertawa dan buat family aku gembira. harini aku hilang sorang lagi orang aku sayang dalam hidup aku. kenangan bersama kau takkan aku lupakan malah sentiasa menjadi peneman aku saat aku rindukan kau :) takde siapa tahu perasaan aku sekarang. assalamualaikum.

