Assalamualaikum..
Hi, harini hari yang sangat bersejarah, dimana setiap tahun kami akan menyambut dengan meriah. Tetapi hari ini dan setahun yang lepas, kami hanya mampu titipkan doa untuknya agar dirahmati dan di tempatkan dalam kalangan orang orang yang beriman. Harini merupakan hari lahir arwah ayah yang ke-56. Arwah ayah Mahmud B. Saleh yang telah meninggalkan kami sejak 23 June 2010. Terasa sangat kehilangan beliau, dan harini kami berasa sangat sedih kerana tidak dapat menyambut hari lahir ayah dengannya. Apa yang kami mampu bagi ayah hadiah adalah dengan doa supaya beliau tenang dialam sana. Sedih? Semestinya dan tidak dinafikan perasaan sedih tu ada. Dulu masa ayah ada selalu kami buat surprise untuk ayah, tak pernah lupa walau sekali. Ayah suka kek aiskrim. Bila birthday ayah, kaklong selalu belikan untuk ayah. Kali terakhir kami sambut birthday ayah pada o5 Jan 2010 masa tuh kami nak belikan ayah kek aiskrim tapi takda, dekat semua tempat kaklong dengan angah cari, tapi satu pun takda. Malam tuh ayah suka kami sambut birthday dia, tapi kek yang dia suka kami tak dapat hidangkan. Kek yang ada tuh ayah makan, tapi macam nak tak nak jeh :'( Malam tuh tak nampak sangat yang ayah dah ada perubahan. Hm seronok sangat masa tuh, semua ada. Kadang kadang terasa sangat kehilangan ayah, tapi apakan daya itu takdirnya. Sempena hari lahir ayah, semalam mak and adik beradik buatkan tahlil untuk ayah. Masa tuh nenek pun ada (Mak kepada ayah). Lepas habis tahlil tuh mak terus masuk bilik, mak sedih sebab rindukan ayah. Tipulah kalau tak sedih, tak rindu, semua perasaan tuh mesti ada. Walaupun ini takdir hidup kami sekeluarga, ia bukannya alasan untuk kami tidak meneruskan kehidupan. Yang pergi tetap pergi, ia tidak akan kembali. Untung sangat kepada mereka mereka yang masih mempunyai ayah. Tak macam nasib kami, hargailah si ayah selagi ia masih bernyawa, selagi ia masih ada untuk memenuhi keperluan korang. Sekarang apa yang kami ada hanya kenangan bersama ayah, dan kami berharap agar kenangan tuh masih segar diingatan kami. Harini mak ajak pergi ziarah kubur ayah, alhamdulillah akhirnya pergi juga :) Tak sabar nak jumpa ayah, nak bersihkan rumah ayah. Ayah, sempena hari lahir ayah org doakan semoga roh ayah dirahmati, dicucuri rahmat, dan tenang di alam sana :) Al-Fatihah untuk ayah. Org sayang ayah sangat sangat.
