Assalamualaikum, salam jumaat......
Semalam merupakan hari yang tersangat menyakitkan bagi aku. Why? Sebab salah aku juga terlalu menyayangi seseorang. Ni lah masalah aku kalau dah sayang dekat seseorang. Duhai, kenapa kau mesti hadir dalam hidup aku! Kenapa? Ia memang agak sulit untuk aku perbaiki kesilapan yang aku pernah buat. Sakit hati aku bila aku tahu dia sanggup buat aku macam tu. Sebelum hubungan kita menjadi lebih serious, kau selalu care pasal aku, buat yang terbaik untuk aku, selalu ada temankan aku, selalu kau jadi pendengar luahan hati aku yang setia, yang penting kau tak pernah TIPU aku. But now, kau sanggup buat aku macam ada tak ada and segala galanya. Sedangkan dulu kau yang beriya iya untuk memiliki hati ni. Sekarang, hati aku ni telah pun kau tawan, telah pun kau miliki, telah pun isi dalam hati kau. Tapi, kau tak pernah hargai, kau tak pernah rasa hati aku ni sesuatu yang sangat berharga untuk disakiti. Memang aku tahu yang aku tak pernah sempurna untuk kau, aku ni tak comel macam perempuan yang kau pernah jumpa sebelum ni. Tapi aku ada satu yang diorang takde, aku ada perasaan, aku ada hati, aku ada cinta. Kalau kau cakap perempuan tu semua ada apa yang aku ada, okay aku tak kesah tapi kalau betul perempuan tu semua ada hati, perasaan, cinta, kenapa dia sanggup tinggalkan kau! Kenapa dia sanggup lepaskan kau macam tu je! Kenapa?! Bukalah mata kau tu seluas yang kau boleh. Kau dengar apa yang cuba ingin aku katakan. First thing, aku buat semua tu untuk kau, untuk kesenangan kau, untuk tengok kau bahagia tersenyum sementara kau ada disisi aku. Second, aku buat semua tu sebab aku dah mula sayang kau, dah mula terima kau dalam hidup aku, dah mula buka hati aku untuk hati kau, macam yang kau doa tiap tiap hari dalam solat kau. And sekarang, kenapa sedikit pun susah untuk kau hargai? Susah sangat ke untuk kau faham apa yang cuba aku buat? Tak lama pun, hanya untuk beberapa bulan je selagi aku masih di hadapan kau, selagi aku masih disisi kau, selagi aku masih dapat tengok kau tersenyum. Aku tak pernah harap apa apa dari kau, aku tak pernah harap sesuatu yang sangat berharga melainkan hati kau untuk aku, perasaan kau untuk aku, kasih sayang dan perhatian kau hanya untuk aku. Lepasni kau akan tinggalkan aku, kau tak pernah ke rasa nak luangkan masa untuk aku sementara kau belum pergi? Tak pernah ke walaupun sedikit? Cubalah kau hargai aku walaupun hanya sedikit, even benda tu bukan dengan wang ringgit. Dan itu bukan yang aku harapkan. Kau lah satu satunya yang aku ada sekarang, cuma kau dan hanya kau! Kadang kadang aku rasa macam aku tak diperlukan lagi dalam hidup kau. Aku ni seolah olah perempuan yang hanya kekurangan kasih sayang seorang lelaki. Kenapa dengan hanya sekelip mata kau berubah, sekejap sangat bahagia dengan kau yang aku dapat rasakan. Macam semalam je aku rasa perkenalan kita terbina. YaAllah, semalam airmata aku je jadi teman malam aku yang sunyi macam kau teman aku masa mula mula kita kenal dulu. Kecik hati aku ni, kecik lagi lah perasaan sayang terhadap kau kalau kau terus bersikap sebegini. Kalau boleh aku taknak hilang kau. Kali ni biarlah hanya kau jadi yang terakhir untuk aku, aku dah malas nak cari someone else. Aku taknak, yang aku perlu sekarang ni hanya kau, hati dan perasaan kau. Tolonglah faham aku even sedikit je. Kebahagiaan yang kau bagi dah tak sehangat seperti sediakala, mana pergi semuanya? Dekat siapa lagi yang kau bagi. hanya untuk beberapa bulan je sayang. Lepasni terserah kau nak tentukan hala tuju hidup kau. Kalau kau rasa apa yang aku buat tu akan membuatkan kau bosan, k aku akan kawal perasaan aku. And starting from now, aku akan cuba ubah cara aku demi kau. Aku cuba sayang jadi yang terbaik untuk kau, aku cuba! Tapi aku gagal, dan aku jugalah perempuan pertama yang dah hancurkan semuanya. Kalau kau dah tak tahan dengan semuanya, katakanlah. Jangan simpan, jangan pendam sebab aku hanya manusia biasa yang tak oleh baca isi hati seseorang. Katakanlah even kau terpaksa melukakan hati aku :') Sayang, im happy when you're happy. If there is someone who loves you go with him, never to look back but if there is someone who hurt you, look at the back because im still waiting for you. Dan jika kau tetap untuk teruskan perjalanan kau, teruskanlah. Jika kau terus menyakitkan hati aku, aku redha cuma aku tertanya tanya mengapa hadir dalam hidup aku kalau begini akhirnya......
Salam Sayang,
