Here again :')

Assalamualaikumm, harini adanya aku dekat sini aku nak cerita pasal aku dah habis sekolah, takde buku, takde pen, takde exam. semua dah takde!!! Aku dah BEBAS!! Haha seronok? Mestilah seronok cumaa sedih je nak tinggalkan sekolah, cikgu and yang paling penting kawan dan kenangan bersama kawan kawan. Huhh! Sedih tu tak dinafikanlah, mesti sedih tahap gaban punya :'( Kalau boleh meraung, dah lama aku meraung. Kalau aku diberi pilihan samada nak terus belajar di situ atau tak. Mesti dan sudah tentu aku akan jawab YA! YaAllah, tamat juga pengajian aku di SMK Kota Masai atau lebih dikenali lagi sebagai SKOMAS. Hmm lepasni mesti rinduu sekolah tu, mesti rindu cikgu cikgu yang pernah mengajar aku, rindu kawan kawan yang pernah satu class dengan aku atau kawan kawan yang lain :') Rasanya macam baru semalam aku masuk sekolah tu. Dan sedih sangat nak tinggalkan sekolah tu. Terlalu banyak kenangan yang aku bina bersama kawan kawan dan cikgu. Daripada ting. 1 aku belajar dekat situ sampailah aku tamat persekolahan, terlalu susah untuk aku lupakan kenangan yang diukir bersama. Boleh tak aku taknak keluar daripada sekolah tu? Boleh tak aku nak terus berada di sekolah tu. Betol orang orang cakap, masa sekolah nak berhenti then bila semuanya dah tamat rasa macam nak kekal je dekat sekolah tu. Lepasni mesti susahkan nak jumpa kawan kawan. And dia orang mesti dah buat hal masing masing. YaAllah, kenapa teralu awal semuanya berlaku. Andai aku boleh putarkan masa, pasti sudah aku lakukan. Rasa macam tak percaya je yang aku akan ke alam yang lebih KEJAM. Alam yang dimana semua orang dewasa berasa susah untuk tempuh. Lepasni takde tudung putih, baju putih, kain biru. NO MORE! NO MORE! Hehe apa yang ada lepasni adalah kehidupan yang sebenar, perjalanan hidup yang aku belum tentu apa yang akan terjadi pada aku akan datang. Adakah aku masih di alam pengajian. atau adakah aku berada di alam pekerjaan atau....... Adakah aku akan berada di alam perkahwinan :') Hmm sudah tentu yang ini tidak. YaAllah, permudahkanlah perjalanan hidup aku yang akan datang. Sesungguhnya hanya Engkau yang Maha Mengetahui segalanya. Nanti pasti aku akan merindui sahabat aku semuanya. Korang andai korang tahu perasaan aku terhadap korang, pasti sukar untuk korang rasakannya. Aku berharap agar persahabatan kita sampai ke penghujungnya. Walaupun aku pasti suatu hari nanti sukar untuk kita bertemu, aku berharap agar korang tidak melupakan aku. Koranglah segalanya bagi aku. Jangan pernah lupa gelak ketawa kita bersama ea. TIADA DUA BAGI AKU UNTUK CIKGU CIKGU, SEKOLAH DAN KAWAN KAWAN MACAM KORANG :'( Hopefully, that you all can feel wht I feel. 

Haa, nilah dia kawan yang selalu dengar aku berceloteh. Kawan yang selalu buli aku, kawan yang selalu cari pasal dengan aku, kawan yang selalu aku ajak meronda sekolah, kawan yang selalu ajak aku makan walaupun dia baru je lepas makan. Nama dia Nurish Haifaa. Sumpah aku rinduu kau even baru berapa hari aku tinggalkan sekolah tuu :'( Lepasni bila lagi aku nak dapat gelak sedih and sebagainya dengan kau. Harap kau tahu yang aku SAYANG KAU SANGAT SANGAT!!! Takde pengganti kau untuk aku :'(


Ni pula kawan sekelas aku yang lelaki. Haihh lepasni mesti aku rinduu nak gurau gurau dengan korang. Rindu nak rehat sama sama dengan korang. Rinduu semuanyaa :'( belum tentu lepasni kita dapat jumpa dan gurau gurau macam dulu kan? Sedih nak lupakan semuanya :'(



YaAllah, sedihnya bila tengok gambar gambar nie semua :') Apa yang aku mampu hanya berdoa pada Tuhan agar diperkekalkan persahabatan kita hingga ke akhirnya. Aminn~ Mudah-mudahan kita dapat berjumpa lagi lepasni.




Haa, yang ni pula kawan aku time sekolah ada function :') Thanks korang sebab korang nak berkawan dengan aku. Korang sanggup spend time untuk aku, sanggup share macam'2 dengan aku. Taknak hilang kawan macam korang, SAYANGG KORANGGGG :'( Mana nak cari kawan macam korang.

Mesti aku akan sangat sangat merindui mereka semua. YaAllah kekalkanlah persahabatan kami dunia dan akhirat :') Seronok dapat kawan macam diorang. Kalaulah aku mampu untuk terus bersama mereka pasti aku akan lakukan. Tp itu sangat sangat mustahil untuk berlaku. Kan? Walhal aku tahu diorang semua ada kehidupan masing masing tp aku tetap percaya. Satu hari nanti kita pasti akan bertemu :') Teman, sedarilah bahawa aku terlalu menyayangi dirimu. Tapi aku menyayangi mu hanya sekadar yang aku mampu sahaja dan yang paling penting aku ikhlas menyayangimu. Dan janganlah kau bersedih tatkala kau membaca utusan ini kerana aku yakin dan pasti kita akan bertemu lagi :') Sayang korang semua macam adik beradik aku jugaa.


Ayah :') Ayah, harini anak ayah dah habis sekolah. Dah besarkan anak ayah nie. Dah boleh kawin kalau ada orang masuk meminang :p hehe. Ayah, Suha rindukan ayah. Kalaulah ayah ada lagi disamping Suha pasti Suha adalah orang yang paling bahagia sekarang nie. Ayah, Suha nak sambung belajar lepas keputusan SPM keluar nanti. Suha berharap sangat agar keputusan Suha xcellent. Sebab Suha nak tolong mak, keluarga kita dan adik. Doakan keputusan Suha ea yah :'( Suha rinduu ayah sangat sangat. Suha nak ayah! Terlalu awal ayah tinggalkan Suha dengan adik, apakan daya itu takdirnyaa kan? Ayah, Suha nak ayah tahu yang Suha sayang ayah, rinduu dengan gelak ketawa ayah, rinduu nak dengar suara ayah :'( Hari hari Suha doakan ayah, tak kira dalam solat ataupun tidak. Suha jeles dengan mereka mereka yang masih mempunyai ayah. Kadang kadang Suha nangis sebab Suha nak ayah, Suha nak ayah berada disamping Suha even benda tu mustahil akan berlaku. Dah lah Suha taknak nangis, Suha taknak ayah terseksa dekat sana. Yang pasti Suha akan sentiasa doakan ayah :') Suha sayang ayahh :'(

Sincerely,
           NurulNasuha :))