Doa saya untuk awak :)

Assalamualaikum wbt.

Hari hari sebelum nie aku asyik cerita pasal aku sedih jeh kan? Hmm itu sebahagian daripada apa yang aku rasa. And todayy aku nak cerita kebahagiaan yang aku rasakan setelah aku menghadapi hari hari sedih aku :) Tapi aku tak tahu macam mana nak mulakan. Hmm k aku ada kenal dengan sorang mamad nie. Nama dia tutttt :* hehe secret. Hmm dia selalu temankan hari hari aku, dia yang buat hari aku bosan menjadi bahagia, dia yang buat aku ketawa even tak lawak mane pun :D dia dah curi hati aku! Hari hari aku yang kosong telah diisi oleh Si Dia Selalu dia ckap dia sayang aku, dia nak aku tapi aku abaikan apa yang dia cakap. Sebab apa? Sebab aku nie tak sesempurna dgan ex ex dia. Bagi aku dia terlalu baik untuk aku, terlalu baik untuk mendampingi aku, menemani aku. Even aku tahu perangai dia macam mana, tapi hati dia jauh lebih baik daripada cara dia melayani aku. Aku tahu dia selalu berharap agar dia memiliki aku walhal aku selalu cakap terlalu awal untuk dia menyukai aku. Hmm awak, sejauh mana sayang atau suka awak pada saya, saya yakin satu hari nanti ada org yang lebih layak untuk awak sayang, untuk awak suka, untuk awak cinta :) Percayalah apa yang saya cakap, memang perasaan tuh tak boleh dipaksa kan? Tapi persahabatan akan memulakan perasaan yang tak boleh dipaksa tuh. Awak, bukan saya taknak terima awak tapi saya tahu dekat luar sana ramai perempuan yang tunggu awak, ramai perempuan yang lebih layak untuk menjaga dan memiliki awak. Saya? Haha apalah yang ada pada saya nie. Saya nie cuma perempuan yang suka memainkan perasaan seorang lelaki, macam yang awak cakap :) Tp takpe saya tak kesah pun, sebab cuma saya jeh yang tahu apa yang saya rasa. Awak nak tahu tak, since awak panggil saya sayang saya mula menyukai awak! Tapi saya tahu sayang awak dekat saya tak sekuat sayang awak pada ex awak. Saya juga tahu awak rapat dengan saya untuk melupakan ex awak kan? Tapi awak tak berjaya lupakan dia. While makin awak cuba untuk lupakan dia, perasaan sayang tuh makin kuat. Kan awak? Macam yang awak ckap " Macam mana nak rela sedangkan hati setiap hari merindui dia? Macam mana nak lepaskan kalau hati masih sayangkan dia. Cuma dengan perasaan ego untuk memaksa hati untuk melepaskan dan melupakan dia. Dan awak juga cakap awak perlukan kesabaran walaupun hati terseksa " Hmm saya hanya mampu doakan awak agar awak dapat apa yang awak nak :) Walaupun awak dah curi hati saya TAPI saya akan cuba untuk menganggap awak sebahagian daripada mimpi mimpi saya yang paling indah dan sukar untuk saya lupakan. Pergilah cari ex awak tuh, siapa tahu dia akan terima awak balik. Dan saya juga akan turut bahagia bila awak bahagia bersama dia. Lagi satu saya akan lepaskan sayang saya sekiranya awak kembali bersama dia. Saya rela bila awak terpaksa tinggalkan saya untuk bersama dia. Sayang awak macam abang saya  saya harap bila awak dah bersama dia, tolonglah jangan lupakan saya, anggap saya macam adik awak pun saya tak kesah wak. Saya bahagia sebab dapat jumpa org macam awak. I thanked to Allah sebab pertemukan kita even seketika. Bahagia saya juga akan terukir apabila awak bahagia bersama seseorg yang awak pilih untuk jadi seri hidup dan teman awak sampai bila bila.


Harap harap ia akan terjadi lagi :) Saya doakan untuk kebahagiaan awak kayy. Dah dah jangan sedih sedih lagi. Nanti hilang market muka ganas tapi hati berbunga bunga :D huhu


Saya akan simpan perasaan yang awak selalu ungkapkan. Saya bawa kemana saje kaki ini terhenti. Most importantly are ur happiness babe. 







Sincerely,
  NurulNasuha